Thursday, June 1, 2017

TIMEWISE® REPLENISHING SERUM C

Perlukan rupa baru? TimeWise® Replenishing Serum C dapat membantu. Serum yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang memperkuat kolagen baru dan mengekalkan kolagen sedia ada supaya tidak terurai. Ia juga mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang membekalkan keanjalan atau “spring” kulit. Kesan keseluruhannya? Satu rupa baru yang positif.

Badan tidak dapat menghasilkan Vitamin C ataupun menyimpannya sendiri. Sebab itu kita memerlukan bekalan yang berterusan. Menurut ahli dermatologi dan ahli sains penyelidikan, Vitamin C memainkan peranan yang signifikan dalam merangsang sintesis kolegen penegang kulit; sebab itulah ekstrak vitamin ini dianggap bermanfaat sebagai ramuan penjagaan kulit.

FAEDAH DAN PERAKUAN

Satu kajian pengguna yang mendalam menunjukkan faedah-faedah ** yang dialami wanita setelah menggunakan TimeWise® Replenishing Serum C. 

Keputusannya menjelaskan segala-galanya:
  • 89% mengatakan kulit mereka tampak terangkat dan lebih mudah pulih
  • 86% mengatakan kulit mereka tampak lebih sihat
  • 79% mengatakan kulit mereka tampak lebih muda
  • 90% mengatakan kulit mereka tampak lebih elok
BAGAIMANA IA BERTINDAK
  • Serum bernilai yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang menggalakkan penghasilan kolagen baru serta membantu mengekalkan kolagen sedia ada supaya tidak terurai.
  • Ia juga mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang membawa keanjalan atau “spring” kepada kulit.

ARAHAN PEMAKAIAN
  • Sapukan tiga pam produk ini secara rata di muka dengan gerakan ke atas dan ke luar. Gunakan tiga pam setiap kali, iaitu tiga pam pada waktu pagi dan tiga pam pada waktu malam. (Serum ini juga boleh digunakan di kawasan leher dan garis leher, tetapi ini mungkin memerlukan lebih banyak serum). Produk ini tidak boleh digunakan di kawasan mata, maka ia tidak diuji di sekitar mata. Penggunaannya tidak disyorkan di kawasan ini.
  • Sapukan selepas membersih, mengelupas dan menyegarkan kulit, dan gunalah sebelum Day Solution Sunscreen SPF25, Night Solution dan/atau pelembap.
CIRI-CIRI
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Teruji secara klinikal untuk iritasi dan alergi kulit
  • Tak Komedogenik
  • Bebas wangian
  • Bebas minyak
  • Diuji oleh ahli dermatologi

No comments:

Post a Comment