Thursday, June 1, 2017

TIMEWISE® REPLENISHING SERUM C

Perlukan rupa baru? TimeWise® Replenishing Serum C dapat membantu. Serum yang kaya dengan antioksidan ini dirumus dengan ramuan yang memperkuat kolagen baru dan mengekalkan kolagen sedia ada supaya tidak terurai. Ia juga mengandungi ramuan yang dikenal pasti dapat menyokong elastin, sejenis protein yang membekalkan keanjalan atau “spring” kulit. Kesan keseluruhannya? Satu rupa baru yang positif.

TIMEWISE® AGE-FIGHTING EYE CREAM

PENYELIDIK PERUBATAN MEMBERITAHU KAMI,
“Kulit di sekitar mata mempunyai sedikit kelenjar sebum dan kurang kolagen serta elastin berbanding dengan kulit di kawasan lain di muka. Apabila manusia semakin meningkat usianya, pad lemak di bawah dermis berkurang, menyebabkan kulit nampak lebih nipis dan geronggang di bawah mata. Ciri-ciri unik kulit di sekitar mata ini memerlukan perhatian tambahan.”

Wednesday, May 31, 2017

Untuk Kulit Sihat, Segar

Artikel ini saya dapati sangat bermunafaat dan sesuai dibaca oleh semua wanita. Saya sharekan diblog saya ini untuk bacaan anda semua.

5 Asas penjagaan wajah perlu filakukan setiap hari terutama jika kerap bermekap.


Jika ingin mendapatkan wajah yang sihat, bersih dan segar, rajin adalah faktor paling utama. Biarpun malas, jangan sesekali mengabaikan rutin asas penjagaan wajah untuk memastikan kulit sentiasa bersih terutama bagi individu yang gemar mengenakan alat solek.

Menurut perunding kecantikan bebas, Linda Sulaiman, terdapat lima asas penjagaan wajah yang perlu dilakukan setiap hari terutama jika kerap mengenakan mekap.

Antaranya mencuci, menyegar, melembap, membuang sel kulit mati dan melindungi daripada bahaya sinar matahari atau pencemaran.

Monday, May 29, 2017

Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

  1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
  2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.


PERIHAL  BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN
  1. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
  2. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Tuesday, May 23, 2017

Kosmetik guna bahan berbahaya masih dijual


MUKADIMAH

TIDAK dinafikan lambakan produk kecantikan dan kosmetik yang dijual di pasaran rata-rata berjaya menarik pelanggan apabila dikatakan mampu memberi kesan memberangsangkan seawal tiga hari.
Sebenarnya, tanpa mereka sedari produk yang menampakkan hasil dengan begitu cepat mengandungi bahan terlarang antaranya raksa, Hydroquinone dan Tretinoin bertujuan mempercepatkan proses tindak balas tersebut.

Akibatnya, untuk jangka masa panjang pengambilan produk dengan bahan terlarang bukan sahaja memudaratkan kulit, malah menyebabkan pelbagai alahan dan mengundang masalah kesihatan di kemudian hari.

Persoalannya, bagaimana produk-produk berkenaan masih dijual di pasaran, malah mudah didapati sedangkan sebahagian daripadanya tidak dibenarkan dijual oleh Kementerian Kesihatan. Ikuti laporan wartawan Utusan Malaysia, LILIS SURIANI OMAR yang mengupas isu tersebut.

KUALA LUMPUR 2 Mei; Walaupun diharamkan penjualannya oleh Kementerian Kesihatan kerana mengandungi bahan berbahaya, masih banyak kosmetik yang disenaraikan sebagai produk terlarang tetap berada di pasaran dan boleh dibeli dengan mudah di kios-kios atau secara dalam talian.