Wednesday, May 31, 2017

Untuk Kulit Sihat, Segar

Artikel ini saya dapati sangat bermunafaat dan sesuai dibaca oleh semua wanita. Saya sharekan diblog saya ini untuk bacaan anda semua.

5 Asas penjagaan wajah perlu filakukan setiap hari terutama jika kerap bermekap.


Jika ingin mendapatkan wajah yang sihat, bersih dan segar, rajin adalah faktor paling utama. Biarpun malas, jangan sesekali mengabaikan rutin asas penjagaan wajah untuk memastikan kulit sentiasa bersih terutama bagi individu yang gemar mengenakan alat solek.

Menurut perunding kecantikan bebas, Linda Sulaiman, terdapat lima asas penjagaan wajah yang perlu dilakukan setiap hari terutama jika kerap mengenakan mekap.

Antaranya mencuci, menyegar, melembap, membuang sel kulit mati dan melindungi daripada bahaya sinar matahari atau pencemaran.

Monday, May 29, 2017

Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

  1. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
  2. Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.


PERIHAL  BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN
  1. Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
  2. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Tuesday, May 23, 2017

Kosmetik guna bahan berbahaya masih dijual


MUKADIMAH

TIDAK dinafikan lambakan produk kecantikan dan kosmetik yang dijual di pasaran rata-rata berjaya menarik pelanggan apabila dikatakan mampu memberi kesan memberangsangkan seawal tiga hari.
Sebenarnya, tanpa mereka sedari produk yang menampakkan hasil dengan begitu cepat mengandungi bahan terlarang antaranya raksa, Hydroquinone dan Tretinoin bertujuan mempercepatkan proses tindak balas tersebut.

Akibatnya, untuk jangka masa panjang pengambilan produk dengan bahan terlarang bukan sahaja memudaratkan kulit, malah menyebabkan pelbagai alahan dan mengundang masalah kesihatan di kemudian hari.

Persoalannya, bagaimana produk-produk berkenaan masih dijual di pasaran, malah mudah didapati sedangkan sebahagian daripadanya tidak dibenarkan dijual oleh Kementerian Kesihatan. Ikuti laporan wartawan Utusan Malaysia, LILIS SURIANI OMAR yang mengupas isu tersebut.

KUALA LUMPUR 2 Mei; Walaupun diharamkan penjualannya oleh Kementerian Kesihatan kerana mengandungi bahan berbahaya, masih banyak kosmetik yang disenaraikan sebagai produk terlarang tetap berada di pasaran dan boleh dibeli dengan mudah di kios-kios atau secara dalam talian.

3 produk kosmetik beracun dikesan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin. Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu ialah Tati Skincare Night Cream yang mengandungi merkuri, Tati Skincare Treatment Cream (hydroquinone dan tretinoin) dan Moleek Anti Pigment Cream (hydroquinone dan tretinoin). 

"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan," katanya. Dr Noor Hisham berkata, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. 

Pengguna dan orang ramai boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik di laman web rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://npra.moh.gov.my/. - BERNAMA.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/270504

KKM kesan 8 kosmetik beracun

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan lapan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut ialah Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum, Ah Beauty Night Cream yang mengandungi merkuri, Ndz UV Whitening (hydroquinone), Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitif, Dnars Nar Cream - Sensitif dan Ellfie Night Cream (hydroquinone dan tretinoin).

"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Monday, May 22, 2017

Kementerian Kesihatan dapati bahan terlarang dalam kosmetik beri kesan negatif

KUALA LUMPUR 2 Mei – Tindakan Kementerian Kesihatan menarik balik beberapa produk kecantikan daripada pasaran selepas disahkan mengandungi bahan terlarang termasuk raksa, hydroquinone, tretinoin, asid azelaik dan betamethasone sepatutnya membuka mata pengguna supaya lebih berhati-hati ketika memilih produk.

Tidak dinafikan produk berasaskan bahan semulajadi dan organik mungkin mengambil masa lebih lama untuk menampakkan hasilnya berbanding produk yang mengandungi bahan kimia seperti itu, namun mengapa harus memperjudikan kesihatan sendiri demi kecantikan sementara.

Apa yang membimbangkan, dengan lambakan pelbagai jenis produk kosmetik dan kecantikan di pasaran, pengguna mungkin tidak sedar barangan tersebut tidak selamat digunakan, mengandungi racun berjadual dan tidak mendapat kelulusan daripada kementerian.


Salah satu cara mudah untuk mengenal pasti produk berkenaan diperbuat daripada bahan berbahaya adalah dengan menyemak senarai kosmetik yang dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Penyakit Kulit Kronik

Doktor, jerawat saya ini bukan disebabkan resdungkah? Persoalan ini sering diajukan mereka yang mengalami masalah jerawat terutama yang agak teruk, malah ramai beranggapan jerawat adalah resdung atau disebabkan oleh resdung.

Bagaimanapun, jerawat dan resdung adalah dua perkara yang berbeza, namun kedua-duanya boleh hadir bersama.

Pakar jerawat dan jeragat Dr Hasseenah Hassan berkata, rawatan jerawat tidak boleh merawat resdung dan rawatan resdung juga tidak boleh merawat jerawat.

Katanya, rata-rata masyarakat mempunyai anggapan yang salah mengenai kaedah rawatan jerawat dan menganggap ia boleh dirawat menggunakan kaedah mengubati resdung.

“Jerawat ada pelbagai jenis dan ia berbeza antara satu sama lain termasuk jerawat disebabkan resdung. Membezakan antara jerawat dan resdung ini penting supaya pesakit lebih peka terhadap masalah jerawat sebenar yang mungkin melanda diri mereka, keluarga mahupun rakan.

“Seperti yang diketahui, jerawat dikategorikan sebagai penyakit kronik yang dihidapi hampir 80 peratus individu di negara kita,” katanya.

Menurutnya, jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat seperti berikut:

Produk Sesuai Elak Mudarat

Lambakan produk penjagaan wajah di pasaran ada kalanya membuatkan sesetengah daripada kita keliru memilih yang terbaik untuk kulit sendiri apatah lagi jika disogokkan dengan manfaat yang diberikan kepada kulit muka.

Namun, bukan semua produk penjagaan kulit wajah yang ditampilkan jenama dalam dan luar negara itu berkesan memperbaiki atau mengekalkan tahap kesihatan serta kehalusan kulit muka jika dipakai tanpa menitikberatkan beberapa perkara penting.

Bagi memastikan produk yang dipilih bersesuaian, kita perlu tahu jenis dan keadaan kulit yang dimiliki agar tidak memudaratkan kulit dalam jangka masa panjang.

Pilih produk sesuai

Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay Haslinda Sulaiman berkata, ada dua faktor yang perlu diambil perhatian ketika memilih produk penjagaan wajah yang ingin digunakan secara rutin.

“Faktor berkenaan ialah jenis dan keadaan kulit. Penting untuk kita tahu kerana setiap jenis dan keadaan kulit mempunyai keperluan berbeza.

“Jenis produk penjagaan wajah yang digunakan perlu memenuhi keperluan berkenaan. Produk yang sesuai untuk setiap jenis kulit akan memastikan keseimbangan kulit dapat dicapai.

“Kulit yang seimbang dan sihat tampil lebih segar selain membantu memberikan keselesaan kepada diri sendiri,” katanya.

Sunday, May 21, 2017

Mary Kay® Sun Care Sunscreen Broad Spectrum SPF 50

Mary Kay® Sun Care Sunscreen Broad Spectrum SPF 50 adalah, pelindung matahari ringan bebas minyak untuk muka atau badan yang membantu melindungi dan memperbaharui kulit.
  • Menyerap dengan cepat, meninggalkan kulit rasa lembut dan lembap.
  • Menyediakan perlindungan UVA dan UVB. Tahan air dan peluh sehingga 80 minit.
  • Sesuai untuk kulit sensitif. Diuji secara klinikal untuk kerengsaan kulit dan alahan.


Friday, May 19, 2017

TRY YOUR BEST

Saya nak share dengan anda semua satu cerita.

Ceritanya begini.

Pada suatu petang seorang bapa berjalan bersama anak lelakinya menuju ke taman permainan.
Sampai di taman permainan mereka terlihat sebiji batu yang sederhana besar di dalam taman.

Si ayah menyuruh anaknya. "Wahai anakku tolong alihkan batu itu ketepi".
"Ayah percaya kamu boleh. Try your best."

"Baiklah Ayah" kata si Anak.

Si anak pun sedaya-upaya cuba untuk mengalihkan batu tersebut.
Setelah lama mencuba dengan berbagai cara akhirnya si anak berkata.

"Ayah, tak bolehlah. Dah TRY MY BEST tapi masih lagi tak boleh".

Si Ayah lalu tersenyum dan berkata "Wahai Anakku, kamu masih belum TRY YOUR BEST lagi, sebab kamu tidak meminta bantuan ayah yang sedang berdiri disisi kamu.

Oleh sebab itu selagi saya belum berjaya menjemput anda untuk bersama saya di MARY KAY, saya masih belum lagi TRY MY BEST.

PM atau Whatsapp saya di 012-7818449. Saya percaya anda juga masih belum TRY YOUR BEST.

Sedikit Info Mengenai Mary Kay

🏩 Ditubuhkan pada 13 September 1963 ketika berumur 45 tahun.
🏩 Ibu pejabat bertaraf dunia Mary Kay Inc terletak di Dallas, Texas
🏩 Salah satu syarikat kosmetik terbesar di dunia
👩 Lebih 3 juta Perunding Kecantikkan Bebas di seluruh 35 buah negara di dunia
👩 Lebih 600 wanita seluruh dunia menjadi Pengarah Jualan Nasional Bebas , status tertinggi dlm kerjaya Mary Kay
🏩 Mary menjalankan lebih 500, 000 ujian utk memastikan produk Mary Kay memenuhi piawaian kialiti, keselamatan dan prestasi yg tinggi.
🏩 Mary Kay Inc tidak menjalankan ujian produknya ke atas haiwan 🐭
🏩 Mary Kay Inc membangun, menguji, mengilang dan membungkus kebanyakkan produknya sndr di kilangnya yg tercanggih di A.S, China dan India.
👩 Mary Kay Ash mendapat byk anugerah berprestij dan diiktiraf sbg ' Usahawan Wanita Yang Terunggul' di dlm sejarah Amerika.

💞 Misi Mary Kay ialah MEMPERKAYAKAN KEHIDUPAN WANITA

🏩 Mary Kay mempunyai 4 nilai teras

1) GO GIVE

💖 Perniagaan Mary Kay di asaskan pd prinsip GO GIVE, iaitu membantu orang lain tanpa balasan

2) GOLDEN RULE

 💖 Mary Kay percaya kpd 'GOLDEN RULE '
iaitu 'Layanilah orang lain sepertimana yang anda ingin orang lain melayan anda'

3) BUAT ORANG LAIN BERASA PENTING

💖 Percaya pada usaha membuatkan orang lain berasa penting

4)  KEUTAMAAN YANG BETUL &"KESEIMBANGAN DALAM HIDUP

💖 TUHAN di tempat PERTAMA
💖 KELUARGA di tempat KEDUA
💖 KERJAYA di tempat KETIGA

Lindungi Diri Daripada Ransomware

Pastinya  anda telahpun dengar berita tentang virus komputer baharu yang digelar WannaCry, virus ini sedang merebak dan menyerang syarikat-syarikat dan sistem komputer di seluruh dunia.

WannaCry adalah sejenis virus komputer yang dikenali sebagai ransomware, ia akan menguncikan fail-fail di dalam sistem dan kemudian meminta wang tebusan untuk “membuka akses”. Syarikat Mary Kay telahpun menguatkan sistem-sistem syarikat terhadap virus komputer ini beberapa minggu yang lalu dan masih memerhati keadaan semasa. 

Oleh demikian, kami mencadangkan anda agar mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi sistem di rumah anda:
  1. Pastikan anda mengemaskini sistem operasi anda dengan menerima pengemaskinian automatik rasmi.
  2. Berhati-hati dengan emel yang diterima, terutamanya emel tersebut dihantar daripada penghantar yang tidak diketahui dan meminta anda klik pada pautan atau buka lampiran di dalam emel.
  3. Mengaktifkan perisian antivirus di komputer/peranti anda dan pastikan ia adalah versi terkini.
  4. Pastikan anda menyimpan salinan fail-fail penting anda di dalam cakera keras luaran atau menggunakan perkhidmatan penyimpanan cloud . 
Ia dapat membantu anda memulihkan fail-fail anda tanpa perlu membayar wang tebusan untuk mengembalikan fail-fail anda.

Berdasarkan kes-kes yang berlaku sebelum ini, sesetengah orang yang membayar wang tebusan juga tidak dapat memulihkan fail-failnya.